Switch grid size to

x
 
 

 
(email)

 
 
 
 
       
  -----------------------------------------------------------------------------------------------------  

[ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Last   [ Previous  |  Next ]
You are in the archive 'Festivals'.
The archive contains 1324 images.
KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Persembahan tarian pelbagai bangsa yang dipersembahkan penari-penari dari negeri Melaka pada Majlis Penyerahan Watikah Pengisytiharaan Melaka dan George Town sebagai Bandar Raya Bersejarah di Selat Melaka di Dataran Merdeka malam ini.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Persembahan Boria dari Negeri Pulau Pinang turut diadakan untuk meraikan Majlis Penyerahan Watikah Pengisytiharaan Melaka dan George Town sebagai Bandar Raya Bersejarah di Selat Melaka di Dataran Merdeka malam ini.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Perarakan Adat Istiadat Penyerahan Watikah Pengisytiharaan Melaka dan George Town sebagai Bandar Raya Bersejarah di Selat Melaka yang dibarisi pendekar Melayu di Dataran Merdeka malam ini.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meletakan Watikah Pengisytiharan Melaka dan George Town sebagai Bandar Raya Bersejarah di Selat Melaka di tempat khas selepas majlis pengisytiharan itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dataran Merdeka malam ini.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Pembawa Watikah Pengisytiharan Melaka dan George Town sebagai Bandar Raya Bersejarah di Selat Melaka menaiki gajah untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dataran Merdeka malam ini.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (dua, kanan) menyerahkan Watikah Pengisytiharaan Melaka dan George Town sebagai Bandar Raya Bersejarah di Selat Melaka kepada Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tiga, kiri) di Dataran Merdeka malam ini.
Turut sama ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas (kanan), Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ((tiga, kanan), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (dua, kiri) dan Menteri Pelajaran dan Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (dua, kanan) menerima Watikah Pengisytiharaan Melaka dan George Town sebagai Bandar Raya Bersejarah di Selat Melaka daripada Menteri Pelajaran dan Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dataran Merdeka hari ini.
Turut sama Yang di-Petua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas (kanan), Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ((tiga, kanan), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (dua, kiri) dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafiie Apdal.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan (tujuh kiri) beramah mesra bersama contoh pasangan pengantin dari pelbagai kaum di negara ini sempena Majlis Adat Istiadat Perkahwinan Etnik Malaysia di Pasar Seni, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Noorsiah Sabri (sembilan, kanan).
Pameran ini bertujuan memeriahkan lagi keadaan di ibu kota sempena cuti sekolah ini.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 22 Nov -- UNIK ... Pertunjukan adat istiadat perkahwinan orang asli yang diadakan sempena Majlis Adat Istiadat Perkahwinan Etnik Malaysia di Pasar Seni di sini, hari ini.
Pameran yang bermula semalam hingga esok telah dirasmikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan.
Pada pameran tersebut terdapat juga upecara perkahwinan dari orang Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazan dan kaum-kaum lain.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
[ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Last   [ Previous  |  Next ]

Copyrights © BERNAMA 2008
All rights reserved.