Switch grid size to

x
 
 

 
(email)

 
 
 
 
       
  -----------------------------------------------------------------------------------------------------  

[ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Last   [ Previous  |  Next ]
You are in the archive 'Disaster and Environment'.
The archive contains 721 images.
KUALA LUMPUR, 3 Mac -- TERKANDAS ... Bangunan MIC yang menempatkan ibu pejabat parti untuk kaum India itu yang terletak di Jalan Rahmat, di sini, turut dinaiki air hari ini.
Hujan lebat yang turun hampir sejam petang ini turut menyebabkan ribuan warga kota yang lain terperangkap dan kesesakan yang teruk di jalan-jalan utama.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 3 Mac -- TERKANDAS ... Pekerja di Bangunan MIC di Jalan Rahmat di sini turut terkandas apabila kawasan di sekitarnya dinaiki air hari ini.
Hujan lebat yang turun hampir sejam petang ini turut menyebabkan ribuan warga kota yang lain terperangkap dan kesesakan yang teruk di jalan-jalan utama.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 3 Mac -- TENGGELAM ... Satu deretan kedai di Jalan Ipoh di sini dinaiki air banjir yang turut menenggalamkan beberapa buah kenderaan di sini hari ini.
Hujan lebat yang turun hampir sejam petang ini turut menyebabkan ribuan warga kota terperangkap.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 3 Mac -- Sikap penunggang motorsikal yang memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan di jambatan Jalan Tun Razak untuk menyaksikan kejadian banjir di Jalan Ipoh itu turut menyumbang kepada kesesakkan teruk di ibu kota hari ini.
Hujan lebat yang turun hampir sejam petang ini turut menyebabkan ribuan warga kota terperangkap.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 3 Mac -- BAHAYA ... Kelihatan dua murid dari sebuah sekolah rendah berdekatan meredah banjir ketika waktu pulang di Jalan Ipoh di sini hari ini.
Hujan lebat yang turun hampir sejam itu telah menyebabkan kejadian banjir kilat dengan air banjir setinggi enam kaki di beberapa jalan-jalan utama seperti Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Mahameru, Jalan Rahmat dan jalan Tun Ismail.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 3 Mac -- TENGGELAM ... Berpuluh-puluh buah kenderaan ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat di Jalan Ipoh dan kawasan sekitarnya, di sini, hari ini.
Turut sama terperangkap ribuan warga kota setelah air naik secara mendadak sehingga tiga hingga enam kaki tingginya selepas hujan lebat turun selama hampir sejam.
Kesesakan lalulintas turut berlaku di sepanjang Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Mahameru, Jalan Rahmat dan Jalan Tun Ismail.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 3 Mac -- Petugas di Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengalihkan kerusi apabila permis itu mula dinaiki air akibat banjir kilat di Jalan Tun Ismail berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, petang tadi.
Ribuan warga kota dan ratusan kenderaan terkandas akibat banjir kilat di sekitar Jalan Ipoh akibat hujan lebat hampir sejam.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 3 Mac -- Jururawat Masyarakat Norsila Husain, 49, memindahkan rekod-rekod kesihatan di Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) apabila permis itu mula dinaiki air akibat banjir kilat di Jalan Tun Ismail berhampiran Pusat Dagangan dunia Putra, di sini, petang tadi.
Ribuan warga kota dan ratusan kenderaan terkandas akibat banjir kilat di sekitar Jalan Ipoh akibat hujan lebat hampir sejam.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 3 Mac -- TENGGELAM ... Berpuluh-puluh buah kenderaan ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat yang berlaku di Jalan Rahmat dan kawasan sekitarnya di sini, hari ini.
Turut terperangkap beribu-ribu warga kota setelah air naik mendadak sedalam kira-kira tiga hingga enam kaki selepas hujan lebat kira-kira sejam.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
[ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Last   [ Previous  |  Next ]

Copyrights © BERNAMA 2008
All rights reserved.