Switch grid size to

x
 
(email)

  -----------------------------------------------------------------------------------------------------  

[ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Last   [ Previous  |  Next ]
You are in the archive 'Royalty'.
The archive contains 256 images.
KUALA TERENGGANU 3 Dis -- Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bersalaman dengan kanak-kanak selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak di sini, hari ini.
Keadaan banjir di negeri ini bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,730 orang berbanding 2,912 orang petang semalam.
-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA TERENGGANU, 3 Dis -- Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertanya sesuatu kepada seorang daripada mangsa banjir, Nazmi Gazali (kiri) ketika berkenan melawat serta menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak di sini, hari ini.
Turut mengiringi Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah (kanan).
Keadaan banjir di negeri ini bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,730 orang berbanding 2,912 orang petang semalam.
-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA TERENGGANU 3 Dis -- Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (tengah) berkenan menyampaikan hamper kepada seorang daripada mangsa banjir ketika berkenan melawat serta menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Ahmad Said (kiri).
Keadaan banjir di negeri ini bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir menurun kepada 2,730 orang berbanding 2,912 orang petang semalam.
-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 3 Dis. -- Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah mengaminkan doa yang dibacakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh (kanan) sebaik tiba dari Kuwait di Lapangan Terbang Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, pagi ini.
Seri Paduka Baginda berdua berlepas pulang ke tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kuwait.
Lawatan itu yang diadakan atas jemputan kerajaan negara itu akan meningkatkan tahap hubungan sedia ada di samping memantapkan lagi persefahaman yang wujud antara kedua-dua negara.
-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUWAIT, 2 Dis -- Rakyat Malaysia melambai tangan ke arah pesawat yang membawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah semasa berlepas pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait di sini, Selasa.
Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong selepas mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kuwait.
Lawatan yang diadakan atas jemputan kerajaan negara itu akan meningkatkan tahap hubungan sedia ada di samping memantapkan lagi persefahaman yang wujud antara kedua-dua negara.
-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUWAIT, 2 Dis. -- Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersalaman dengan orang kenamaan Kuwait sebelum berangkat pulang ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait di sini, Selasa.
Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berlepas pulang ke tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kuwait.
Lawatan itu yang diadakan atas jemputan kerajaan negara itu akan meningkatkan tahap hubungan sedia ada di samping memantapkan lagi persefahaman yang wujud antara kedua-dua negara.
-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUWAIT, 2 Dis. -- Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) diiringi Amir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormat Diraja sebelum berangkat pulang ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait di sini, Selasa.

KUWAIT, 2 Dis. -- Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (kanan) mengucapkan selamat tinggal kepada Amir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah sebelum berangkat pulang ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait di sini, Selasa.
Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berlepas pulang ke tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kuwait.
Lawatan itu yang diadakan atas jemputan kerajaan negara itu akan meningkatkan tahap hubungan sedia ada di samping memantapkan lagi persefahaman yang wujud antara kedua-dua negara.
-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
[ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Last   [ Previous  |  Next ]

Copyrights © BERNAMA 2008
All rights reserved.