Switch grid size to

x
 
 

 
(email)

 
 
 
 
       
  -----------------------------------------------------------------------------------------------------  

[ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Last   [ Previous  |  Next ]
You are in the archive 'Leaders and Personalities'.
The archive contains 397 images.
KUALA LUMPUR, 25 Mei -- Pengurus Besar Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) Mohd Fuad Kamal Ariffin yang ditemubual oleh Bernama di sini.
Beliau berkata walaupun sudah 24 bulan Terowong Smart membuka lebuh rayanya kepada orang ramai namun, masih ada segelintir pengguna kurang memahami dwi fungsi terowong tersebut.
-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
BANDAR SERI BEGAWAN, April 29 -- Natural Resources and Enviroument Minister Datuk Douglas Unggah Embas speaking to the Malaysian journalists after chairing the 7th Meeting of the Sub-Regional Ministerial Steering Committee (MSC) on Transboundary Haze Pollution here, on Wednesday.
He said Asean ministers have agreed to step up vigilance against haze in the wake of an anticipated dry season between June and September this year.
Malaysia is the current chair of the sub-regional committee which also comprises Brunei, Indonesia, Singapore and Thailand -- the countries affected most by the recurring haze problem.
-- fotoBERNAMA COPYRIGHT RESERVED
BUKIT MERTAJAM, 28 April -- Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr Mansor Othman, 56, diumumkan sebagai calon parti itu untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis di Yayasan Aman di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil DUN itu diadakan berikutan perletakan jawatan penyandang kerusi DUN itu, Mohammad Fairuz Khairuddin, 33, yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I pada 16 April bagi menyambung pelajaran peringkat pasca ijazah selain membersihkan namanya daripada tuduhan rasuah.
-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 27 April -- Ketua Penerangan UMNO yang baru, Ahmad Maslan mengadakan sidang media pada hari pertama beliau memasuki pejabatnya di Tingkat 38, Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.
Pada sidang media itu, beliau mencadangkan agar Petunjuk Prestasi Utama (KPI) digunakan untuk menilai jentera penerangan parti di semua peringkat.
Ahmad, 43, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dilantik sebagai Ketua Penerangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Jumaat lepas bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 24 April -- Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak yang baru hari ini.
Pelantikannya itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti di Menara Datuk Onn di sini.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 24 April -- Datuk Seri Md Isa Sabu dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perlis yang baru hari ini.
Beliau menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Pelantikannya itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti di Menara Datuk Onn di sini.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 24 April -- Timbalan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim dilantik sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) mewakili sayap parti itu hari ini.
Pelantikannya itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT parti di Menara Datuk Onn di sini.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 24 April -- Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik sebagai Bendahari Agung UMNO yang baru hari ini.
Beliau menggantikan Datuk Abdul Azim Zabidi.
Pelantikannya itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti di Menara Datuk Onn di sini.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 24 April -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan menggantikan Tan Sri Annuar Musa, hari ini.
Pelantikannya itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti di Menara Datuk Onn di sini.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
[ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Last   [ Previous  |  Next ]

Copyrights © BERNAMA 2008
All rights reserved.