Switch grid size to

x
 
 

 
(email)

 
 
 
 
       
  -----------------------------------------------------------------------------------------------------  

[ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Last   [ Previous  |  Next ]
You are in the archive 'Latest Photos'.
The archive contains 1935 images.
GENTING HIGHLANDS, 21 Nov -- Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun (dua, kanan) beramah mesra dengan sebahagian kanak-kanak yang menghadiri majlis sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia di Rumah Panjang Awana Genting di sini, hari ini.
Turut hadir Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting Malaysia Berhad Katherine Chew (tiga, kanan) dan Naib Presiden Awana Genting Highlands Golf and Country Resort, Ruddin Salim (kanan).
Sambutan itu disertai kira-kira 250 orang kanak-kanak dan ibu tunggal terpilih di Semenanjung Malaysia.
-- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA
GENTING HIGHLANDS, 21 Nov -- CERIA... Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun (empat, kanan) melekapkan "kad dunia" ketika majlis sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia di Rumah Panjang, Awana Genting di sini, hari ini.
Turut kelihatan naib presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting Malaysia Berhad Katherine Chew (tiga, kiri) serta naib presiden Awana Genting Highlands Golf and Country Resort, Ruddin Salim (kanan).
Sambutan itu disertai kira-kira 250 orang kanak-kanak dan ibu tunggal terpilih di Semenanjung Malaysia.
-- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA
KINABATANGAN, 21 Nov -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bersalaman dengan masyarakat Kinabatangan pada majlis Pelancaran Program Khidmat Masyarakat (KHADUM) di sini, hari ini.
Turut sama Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin (kiri).
Musa memuji inisiatif anggota Parlimen itu untuk mewujudkan program itu dan mencadangkan agar seluruh kawasan di Sabah dapat melaksanakan program seperti ini.
Selain itu program itu juga bertujuan menepati gagasan 1Malaysia disamping meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam yang mana ianya melibatkan penyertaan semua pihak pemimpin, jabatan/agensi kerajaan, swasta dan masyarakat.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
KINABATANGAN, 21 Nov -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bersalaman dengan masyarakat Kinabatangan pada majlis Pelancaran Program Khidmat Masyarakat (KHADUM) di sini, hari ini.
Hadir sama Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin (empat, kanan).
Musa memuji inisiatif anggota Parlimen itu untuk mewujudkan program itu dan mencadangkan agar seluruh kawasan di Sabah dapat melaksanakan program seperti ini.
Selain itu program itu juga bertujuan menepati gagasan 1Malaysia disamping meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam yang mana ianya melibatkan penyertaan semua pihak pemimpin, jabatan/agensi kerajaan, swasta dan masyarakat.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
LANGKAWI, 21 Nov -- SIMPATI ... Seorang ibu tunggal, Hasiah Nayan dari Kampung Seberang Kuah Langkawi menunjukkan salinan laporan polis dan slip bank ketika ditemui di pejabat Persatuan Pelayaran Malaysia di sini, hari ini
Hasiah, 43, merayu kepada pihak pengurusan Maybank Langkawi mengembalikan wangnya berjumlah RM6,158 yang disimpan di bank berkenaan didapati hilang.
Hasiah bekerja sebagai pembantu am Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) berkata, beliau menerima sekeping cek dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kedah berjumlah RM6,158.00 pada 17 Nov lepas kerana bayaran mengalami kemalangan pada Jun tahun ini.
Beliau menyedari kehilangan wang tersebut setelah salah seorang pegawai bank menyatakan wangnya telah dikeluarkan oleh seseorang menerusi internet pada 17 Nov selepas dua jam dimasukkan.
Hasiah kemudiannya membuat laporan di balai polis Langkawi dan diklasifikasikan di bawah jenayah komersil.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
ARAU, 21 Nov -- Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (kanan) berkenan menyampaikan Anugerah Bintang Semangat Rimba Kelas II - Perak kepada Pengarah Pelajaran Negeri Perlis, Mansor Lat (kiri) pada Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Peringkat Kebangsaan 2009 di Istana Arau di sini, hari ini.
Tuanku Syed Sirajuddin yang juga Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia berkenan menyampaikan bintang dan pingat kepada 128 penerima hari ini.
Penganugerahan itu bertujuan memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin pengakap yang telah berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan sumbangan dan komitmen terhadap Persekutuan Pengakap Malaysia.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
ARAU, 21 Nov -- Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (duduk) dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid (kiri) berkenan menerima mengadap wakil pengakap dari Indonesia, Cornelis MH (kanan) selepas Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Peringkat Kebangsaan 2009 di Istana Arau di t sini, hari ini.
Cornelis menerima Anugerah Bintang Semangat Rimba Kelas II - Perak (kehormat) pada istiadat itu.
Tuanku Syed Sirajuddin yang juga Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia berkenan menyampaikan bintang dan pingat kepada 128 penerima hari ini.
Penganugerahan itu bertujuan memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin pengakap yang telah berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan sumbangan dan komitmen terhadap Persekutuan Pengakap Malaysia.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 21 Nov -- Bangunan Hospital Regency Specialist yang terletak di Seri Alam, Masai telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini hari ini.
Hospital yang dibina serba lengkap dengan pelbagai kemudahan perubatan terkini termasuk peralatan dianostik serta mempunyai 218 katil bagi pesakit.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHARU, 21 Nov -- SERBA BARU...
Bangunan Hospital Regency Specialist yang terletak di Seri Alam, Masai telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini hari ini.
Hospital yang dibina serba lengkap dengan pelbagai kemudahan perubatan terkini termasuk peralatan dianostik serta mempunyai 218 katil bagi pesakit.
--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
[ 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | Last   [ Previous  |  Next ]

Copyrights © BERNAMA 2008
All rights reserved.